Fokus isu gagal diselesai kerajaan lama

- Advertisement -

ALOR SETAR: Pendekatan kerajaan Kedah sekarang berusaha memperkemas perancangan dan menyelesaikan isu-isu yang tidak diselesaikan kerajaan sebelum ini.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, antara isu yang belum selesai termasuk isu tanah, penyediaan infrastruktur terutamanya bekalan air dan tenaga.

- Advertisement -

“Biasanya apabila berlaku perubahan kerajaan, segala perancangan akan berubah. Pendekatan seperti itu tidak sihat dan merugikan rakyat kerana melibatkan kos tertentu.

“Jadi kita akan pastikan projek yang dirancang berjalan lancar kerana ia turut menggambarkan kejayaan pentadbiran kerajaan sekarang,” katanya pada program sempena 100 Hari Pentadbiran Kedah Sejahtera di Dewan Seri Mentaloon di sini, semalam.

Muhammad Sanusi juga berkata, pencapaian kerajaan Kedah hari ini adalah hasil gabungan idea-idea baharu dan usaha meneruskan perancangan lama.

Menurutnya idea baharu bukan semata-mata mengilhamkan sesuatu projek pembangunan, sebaliknya mencari jalan penyelesaian isu-isu yang tidak berjaya diselesaikan sebelum ini. – HARAKAHDAILY 2/9/2020

- Advertisement -