Pindaan Akta Pengangkutan tangani kes pemandu mabuk

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menyambut baik pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam usaha menangani salah laku pemandu mabuk yang menjadi igauan akibat tragedi kematian atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk. 

Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan undian untuk meminda Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 semalam. 

Antara hukuman yang dipinda adalah kadar denda daripada tidak kurang RM5,000 kepada tidak kurang RM20,000. Tidak kurang 2 tahun tempoh penjara kepada tidak kurang 5 tahun. Antara lain tempoh penggantungan lesen daripada 3 tahun kepada 5 tahun. 

- Advertisement -

Aspek nyawa dan akal perlu dipelihara dengan sebaiknya selaras dengan tuntutan agama Islam. PAS berharap konsistensi dalam menjaga kesejahteraan rakyat dan negara dijadikan keutamaan kepimpinan Perikatan Nasional. 

“Islam Memimpin Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
27 Ogos 2020 | 8 Muharram 1442 HARAKAHDAILY 27/8/2020

- Advertisement -