Tolerasi sifar atasi isu pemandu mabuk

SAYA menggesa kerajaan mengamalkan Dasar Toleransi Sifar dalam mengatasi polemik kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk di negara ini. Sewajarnya tindakan tegas perlu diambil memandangkan kes-kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk terus menerus berlaku sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat. 

Dalam perbahasan Rang Undang-undang Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 semalam, saya telah membangkitkan keperluan kerajaan menggubal suatu dasar yang komprehensif bukan sahaja menangani isu pemandu mabuk di atas jalan raya, tetapi juga isu-isu lain yang berkaitan dengan pengambilan alkohol. 

Ia adalah sebahagian daripada langkah pencegahan yang tidak boleh dipandang sepi memandangkan bahana arak tidak hanya menimpa si mangsa di jalan raya, malah telah menyebabkan ketidakharmonian keluarga dan masyarakat amnya. 

Advertisement

Justeru, saya mengharapkan agar Kementerian Pengangkutan khususnya dapat mengambil perhatian gesaan penggubalan Dasar Toleransi Sifar. Dasar ini adalah pemangkin utama kepada solusi bagi kerajaan menyelesaikan polemik pemandu mabuk di negara ini.

Sekian, terima kasih. 

“Islam Memimpin Perpaduan”

CHE ALIAS HAMID
Ahli Parlimen Kemaman – HARAKAHDAILY 27/8/2020