‘Kakak kondom’: Seks bebas terbabas

SAYA menyelar tindakan Yayasan Aid’s Malaysia dan One Condoms MY mendidik masyarakat berkenaan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial melalui seks bebas selamat sepertimana yang telah tular menerusi video ‘kakak kondom’.

Naratif yang dibawa bagi memastikan individu bebas melakukan seks selamat tanpa perlu ikatan perkahwinan dilihat semata-mata menjerumus ke arah penzinaan. 

Advertisement

Walhal penzinaan amat dilarang sekali di sisi Islam sama ada zina selamat ataupun tidak sebagaimana firman Allah Taala;

 وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”

 (al-Isra’: 32)

Perkara ini dilihat turut menyimpang daripada norma budaya hidup masyarakat Malaysia yang bukan sahaja menolak seks bebas selamat tanpa ikatan yang sah malah meneutralisasi budaya Barat ke negara kita sama sekali tidak diterima.

Justeru, idea mempromosikan ‘safe sex’ langsung tidak menjamin kepada penyelesaian terbaik terhadap gejala sosial seperti isu pembuangan bayi dan HIV malah ia hanyalah menjerumus kepada penzinaan bebas yang terbabas. 

“Islam Memimpin Perpaduan” 

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 26/8/2020