Ronaldinho bebas selepas 171 hari ditahan

- Advertisement -

BOGOTA, Colombia: Selepas hampir enam bulan berada di bawah tahanan rumah di Paraguay, bekas bintang bola sepak Ronaldinho dibebaskan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Bekas penyerang sensasi Barcelona dan saudaranya, Roberto de Assis Moreira, ditahan kerana masuk ke Paraguay menggunakan pasport palsu pada 4 Mac.

Ronaldinho dan Roberto masing-masing membayar ikat jamin USD800,000 dan dipindahkan ke sebuah hotel empat bintang di Asuncion, ibu negara Paraguay.

- Advertisement -

Mereka akan dibenarkan meninggalkan negara itu, dan Ronaldinho akan dibebaskan tanpa rekod jenayah di Paraguay selepas membayar denda USD90,000. Sementara Roberto dibebaskan dengan rekod jenayah selepas melunaskan denda sebanyak USD110,000.

Roberto akan diperiksa oleh pihak berkuasa setiap tiga bulan selama dua tahun semasa berada di Brazil dan tidak dibenarkan meninggalkan negara asalnya. – BERNAMA

- Advertisement -