Cabaran kurus menerusi program secara maya

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Seramai 1,000 peserta dari seluruh negara akan memulakan cabaran dalam program intervensi menurunkan berat badan secara maya dalam kebiasaan baharu, I Fit and Eat Right (V+IFitEr), selama lapan minggu mulai hari ini.

Program sehingga 17 Oktober bertemakan ‘Bukan Soal Kurus‘ itu merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan bersama Pertubuhan Pencegahan Obesiti Kanak-kanak dan Dewasa, dilancarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di sini semalam.

- Advertisement -

Dr Adham ketika melancarkan program itu berkata program penurunan berat badan tanpa bertemu dengan jurulatih secara fizikal itu membolehkan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup aktif dalam keadaan pergerakan terbatas ekoran pandemik COVID-19.

“Pandemik COVID-19 telah mengubah rutin rakyat kepada kebiasaan baharu termasuk intervensi pengurusan berat badan. Platform maya memainkan peranan  penting dalam penyampaian perkhidmatan termasuk perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Hadir sama pada pelancaran itu ialah jurulatih kecergasan popular Kevin Zahari. – BERNAMA 

- Advertisement -