Muhyiddin hargai sokongan PAS kepada PN

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin amat menghargai sokongan dan dukungan yang diberikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen PAS kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Advertisement

Berdasarkan catatan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya, Muhyiddin memaklumkan beliau hari ini menghadiri sesi ramah mesra bersama ahli Dewan Rakyat dan Senator PAS di Parlimen.

“Saya juga amat berterima kasih kepada pimpinan PAS yang menyambut baik penyertaan BERSATU dalam Muafakat Nasional,” katanya.

Turut dimuat naik dalam catatan itu, lima keping gambar Muhyiddin bersama Abdul Hadi serta ahli Dewan Rakyat dan Senator PAS. – BERNAMA