PAS Rompin edar pelitup muka, bendung COVID-19

- Advertisement -

ROMPIN: Muslimat PAS Kawasan Rompin dengan kerjasama Muslimat PAS DUN Tioman telah melaksanakan aktiviti edaran pelitup muka secara percuma kepada masyarakat awam pada program yang telah diadakan di empat pasar minggu di sekitar Kuala Rompin, di sini semalam.

- Advertisement -

Inisiatif ini diketuai Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Rompin, Puzi Ahmad yang juga Ketua HalWa DUN Tioman bersama Ahli Jawatankuasa beliau yang turun padang mengedar dari tangan ke tangan setiap pengunjung pasar malam ditemui mereka.

Menurut Puzi, tujuan diadakan program ini adalah sebagai menyambung usaha dan saranan pihak kerajaan agar memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam terutama yang sesak bermula sejak 1 Ogos lalu.

Ianya juga sebagai meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya prosedur operasi standard (SOP) berkenaan dipatuhi dalam usaha membendung penularan virus COVID-19 yang masih menjangkiti ketika ini.

Program mewakili DUN Tioman itu akan digiat dan diperluaskan lagi susulannya oleh Muslimat PAS Rompin ke DUN Muadzam dan DUN Ibam dalam masa terdekat sehingga usaha memerangi COVID-19 ke angka sifar berjaya. – HARAKAHDAILY 17/8/2020

- Advertisement -