PASTI Al Mawaddah perlu RM16k lunas tunggakan

- Advertisement -

TAMBUN: PASTI Al Mawaddah Medan Klebang Prima, Chemor memerlukan dana sebanyak RM16,000 bagi melunaskan baki hutang tertunggak dari jumlah asal RM150,000 sebelum Disember ini.

- Advertisement -

Pengurus PASTI Al Mawaddah, Mohamad Sapariza Mohamed Saberi berkata, pihaknya amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membantu membayar baki pembelian premis PASTI itu.

Terangnya, sebelum ini PASTI Al Mawaddah hanya menyewa di sebuah rumah di Klebang Prima, namun sejak April 2018 terpaksa berpindah kerana premis tersebut dituntut semula oleh tuan rumah yang mahu berpindah ke situ setelah bersara.

Tambahnya lagi, kini PASTI Al Mawaddah memiliki 42 murid yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk setempat dengan jumlah keseluruhan empat guru sebagai tenaga pengajar.

“Sebelum ini, kutipan sumbangan telah dibuat daripada PAS Cawangan, PAS Zon Klebang dan orang ramai. Alhamdulillah kita berjaya terima ramai penyumbang dan individu yang ingin berwakaf untuk membantu pihak kami membuat pembayaran sejak awal pembelian.

“Mohon sahabat-sahabat dan semua pihak dapat membantu saya dalam hal ini. Sekiranya seorang dapat menyumbang sebanyak RM10 bermakna seramai 1,600 orang diperlukan untuk mencukupkan jumlah sumbangan yang diperlukan ini,” cadangnya.

Selain beroperasi pada sesi persekolahan, Sapariza turut menjelaskan PASTI Al Mawaddah juga acap kali digunakan sebagai lokasi majlis ilmu, usrah Pemuda PAS Zon Klebang dan program bacaan Yassin dan solat hajat bersama ibu bapa dan penjaga PASTI.

Sumbangan orang ramai boleh disalurkan terus ke akaun Maybank Islamic, PASTI AL MAWADDAH 558435108038 atau hubungi Sapariza di talian 0199285338 untuk sebarang pertanyaan dan makluman lanjut. – HARAKAHDAILY 17/8/2020

- Advertisement -