Juruukur dilantik Senator wakili Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bekas Ahli Parlimen Jeli pada 1999 yang juga seorang juruukur berlesen dilantik sebagai ahli Dewan Negara bagi menggantikan Ustaz Mohamad Mustapha yang tamat tempoh perkhidmatan.

- Advertisement -

Pelantikan itu dicadangkan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini, kemudian cadangan itu disokong Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Kemudian Speaker Dato’ Abdullah Ya’kub mengumumkan pelantikan Mohd Apandi Mohamad, 60 berkuatkuasa hari ini.

Sebelum ini beliau memberitahu Dun Kelantan menerima surat daripada Setiausaha Dewan Negara bagi memaklumkan perkhidmatan Ustaz Mohamad tamat baru-baru ini.

Kelantan juga mempunyai seorang lagi senator iaitu Ustazah Asmak Husin yang aktif membawa suara Kelantan pada setiap kali persidangan Dewan Negara.- HARAKAHDAILY 10/8/2020

- Advertisement -