KASA pastikan rakyat dapat air berkualiti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sejumlah lebih RM1.37 bilion telah diperuntukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.

- Advertisement -

Menteri Alam Sekitar Dan Air, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata peruntukan itu adalah bagi memastikan rakyat Kelantan dapat menikmati bekalan air yang berkualiti.

“Kerajaan Persekutuan komiten untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.

“Kerajaan Persekutuan memperuntukkan secara keseluruhan sebanyak RM1.37bilion untuk memastikan penduduk Kelantan dapat menikmati bekalan air berkualiti dan terjamin,” katanya ketika sesi penggulungan di dalam Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya daripada jumlah itu sebanyak RM196.6 juta akan digunakan bagi pelaksanaan enam projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11J.

Katanya, beberapa pihak seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Felda Dan pihak Kesedar turut sama akan membantu menyelesaikan masalah air di negeri itu.

Dalam masa yang sama katanya, penggunaan air bawah tanah di negeri itu telah dihentikan dan beralih kepada bekalan air aliran.

“Pendekatan penggunaan air di bawah tanah telah dihentikan.

“Kelantan terlalu banyak menggunakan air bawah tanah, 51 peratus. Sekarang mula beralih kepada bekalan air aliran,” ujarnya.

Menurut Tuan Ibrahim, terdapat empat projek besar akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah air untuk jangka masa panjang.

Di samping memulakan pembinaan takungan air Dan menaik taraf beberapa loji utama yang sekarang ini tidak mampu untuk menampung keperluan air di Kelantan.- HARAKAHDAILY 3/8/2020

- Advertisement -