Inisiatif KSM jana bantuan pekerjaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk menangani masalah pengangguran.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata antara inisiatifnya ialah melaksanakan pendaftaran pencari kerja, pendaftaran kekosongan jawatan dan pemadanan pekerjaan melalui portal Jobsmalaysia dan MyFutureJobs.

- Advertisement -

Menurutnya, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) turut diwujudkan sebagai satu pelengkap kepada jaringan keselamatan sosial yang bertindak membantu pekerja yang hilang pekerjaan.

“Di bawah SIP pekerja yang hilang pekerjaan akan diberi bantuan kewangan segera untuk menampung perbelanjaan semasa dan juga bantuan mendapatkan pekerjaan baharu,” ujarnya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Nurul Izzah Anwar [PKR-Permatang Pauh] yang bertanya tentang berhasrat kerajaan untuk melaksanakan pendapatan asas sejagat menerusi projek rintis seperti yang dijalankan Finland.

Mengulas lanjut, Awang berkata, sekiranya syarat-syarat kelayakan dan caruman sebanyak 12 bulan dipenuhi, pekerja layak untuk menuntut faedah penuh SIP.

“Antaranya seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA), Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB), Elaun Latihan dan Fi Latihan (Dibayar kepada Penyedia Latihan),” jelasnya.

Selain itu, kata Awang pelbagai program lain disediakan Kerajaan bagi merancakkan pengambilan pekerja oleh majikan melalui program MyApprentice, HireMalaysia, hiring incentive, mobility assistance dan latihan reskilling and upskilling dengan peruntukan sejumlah Sejumlah RM1.5 billion.

Tambah beliau, Kerajaan turut memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial akibat pemberhentian pekerja berpunca daripada penutupan sepenuh atau sebahagian operasi syarikat kesan pandemik Covid-19.

“Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah Program Pengekalan Pekerjaan (ERP), Program Subsidi Upah (PSU) dan Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA),” katanya.- HARAKAHDAILY 23/7/2020

- Advertisement -