Kelantan lahir atlet renang patuh syariah

- Advertisement -

KOTA BHARU:Kerajaan Kelantan menubuh Akademi As-sibahah sebagai persediaan melahirkan atlet dan ahli sukan acara renang serta akuatik.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, sesi pemilihan akan diadakan di sekolah sekitar Kota Bharu bagi pegambilan pertama akademi itu.

Menurut beliau, institusi berkenaan yang ditubuhkan Mac lepas terpaksa dihentikan operasi sementara ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)berikutan penularan wabak Covid-19.

“Kita berusaha mempelopori sukan renang patuh syariah, jadi kita ambil sebahagian pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan sekitar Kota Bharu untuk pengambilan pertama akademi berkenaan.

“InsyaAllah kita akan mulakan semula akademi tersebut bulan Ogos hadapan selepas terhenti beberapa bulan kerana PKP.

“Dua dua lokasi berlainan ditetapkan bagi mengasing pelatih lelaki dan perempuan,” katanya selepas perasmian KiAS Fitness Gym (KFG)di Aras Dua Bangunan Akademik Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra di Nilam Puri semalam.

Turut hadir Ketua Eksekutif Kias Prof Dr Ab Aziz Mohd Zin; Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (U-bes)Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin dan Ketua Pegawai Bahagian Korporat KIAS Ustaz Muhammad Amiri Abdul Ghani.- HARAKAHDAILY 16/7/2020

- Advertisement -