AMAL beri penghormatan terakhir mendiang Yougan

- Advertisement -

TAMBUN: Berita kematian Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Perak, Yougan Mahalingam turut mendapat perhatian Pengarah Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Perak, Abdul Karim Abdul Rasid.

- Advertisement -

Beliau bersama hampir 30 anggota AMAL yang lengkap beruniform menziarahi kediaman keluarga mendiang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di Taman Tambun, di sini petang tadi.

Menurut Abdul Karim, pemergian mendiang merupakan suatu tidak disangka kerana mendiang dikenali sebagai seorang yang aktif dan tidak pernah dilaporkan menghidap penyakit kronik.

Abdul Karim turut menzahirkan rasa sedih atas kehilangan seorang bukan-Islam yang begitu memahami asas perjuangan PAS serta komited menjalankan tugas walaupun tewas dalam PRU14 lalu.

Dalam kesempatan tadi, Abdul Karim turut menyampaikan sumbangan AMAL kepada wakil ahli keluarga mendiang dan berharap mereka bersabar atas pemergiannya.

Mendiang disifatkan Abdul Karim sebagai seorang yang mesra, mudah didekati dan sangat memberi kerjasama.

Yougan, 33 merupakan anak sulung daripada dua beradik dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Ipoh pada 4 Mei lalu dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung, semalam. – HARAKAHDAILY 16/7/2020

- Advertisement -