EXCO Pendidikan suntik semangat pelajar

- Advertisement -

BAGAN SERAI: ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol (SKGS) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol (SMKGS), di sini.

- Advertisement -

Lawatan ini diadakan sempena pembukaan kelas pembelajaran bagi darjah 5 dan 6 yang mula dilaksanakan oleh semua sekolah sejak semalam.

Lawatan beliau diiringi Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Kerian, Ahmad Fisal Syafie yang turut meninjau suasana dan keadaan pembelajaran sedang berjalan.

Guru Besar SKGS, Mohd Azmi Sadar di dalam lawatan itu menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) yang dipraktikkan pihak sekolah berdasarkan ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Manakala lawatan di SMKGS, Razman yang juga EXCO Pendidikan Negeri Perak diiringi Pengetua Sekolah, Rohana Ahmad meninjau sesi pembelajaran sedang berlangsung untuk menilai keadaan dan suasana sebenar pembelajaran.

Ketika tinjauan dilakukan, beliau yang mesra membahasakan diri dengan panggilan ‘Pak Teh’ berkesempatan menyantuni, beramah mesra serta menitipkan kata-kata semangat buat para pelajar Tingkatan 1T di sekolah tersebut.

“Pak Teh ucap selamat belajar semua. Yang pertama, untuk menjadi motivasi semua, Pak Teh nak bagi tahu, orang (penduduk) Bagan Serai ni, orang (yang) cerdik-cerdik.

“Ni nak kata ni, penasihat ekonomi negara dari zaman Perdana Menteri ke 6, Najib Razak sampai ke la (sekarang) ni, (asal) orang Bagan Serai, Tan Sri Noor Azlan Ghazali.

“Beliau (merupakan) adik kepada Ahli Parlimen Bagan Serai kita (ni) Datuk Dr Noor Azmi Ghazali,” terang Razman.

Bukan itu sahaja, malah Razman turut memberi contoh individu terkenal dengan kemahiran dan penyelesaian dalam pengajaran matematik, iaitu Adi Putra Abdul Ghani yang juga berasal daripada Bagan Serai. – HARAKAHDAILY 16/7/2020

- Advertisement -