Pengkalan Kubor ‘kembali’ jadi tumpuan pelancong

Ustaz Wan Roslan Wan Hamat (kanan) meninjau Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor.
- Advertisement -

TUMPAT: Selama tiga bulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Kawasan Bebas Cukai (KBC) Pengkalan Kubor umpama ‘hidup segan mati tak mahu’.

Peniaga di situ boleh dikatakan hilang pendapatan kerana tiada pengunjung yang datang.

- Advertisement -

Namun, selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan KBC ‘kembali’ menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar Kelantan.

ADUN Pengkalan Kubor Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, selepas minggu kedua pelaksanaan PKPP, Pengkalan Kubor mulai dibanjiri orang ramai.

Katanya, bukan hanya penduduk tempatan yang datang, sebaliknya pelancong luar Kelantan juga ramai yang berkunjung ke situ.

“Mereka mengambil peluang cuti sekolah mengunjungi Kelantan. Laluan menuju ke Pengkalan Kubor menjadi sesak sejauh hampir dua kilometer terutamanya pada hujung minggu,” katanya di sini.

Begitu juga industri perhotelan di Kelantan kembali bernafas semula selepas pelaksanaan PKPP di mana rumah tumpangan dan hotel mulai mendapat tempahan orang ramai.

Antaranya Hotel Grand River View menerima tempahan yang semakin meningkat sekarang.
Pengurus Jualan dan Pemasarannya Wan Aisyah Wan Llah berkata, kira-kira 30 peratus tempahan diterima selepas sehari hotel berkenaan dibuka pada 6 Julai lepas.- HARAKAHDAILY 15/7/2020

- Advertisement -