Selamat kembali ke SRITI & SMITI

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH. Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Malaysia – DPPM mengucapkan selamat kembali ke sekolah buat lebih 15,700 orang murid dan pelajar serta 2,083 orang kakitangan dan guru di 166 buah Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan 5 buah Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) di seluruh negara.

Insya-Allah SRITI dan SMITI akan mula dibuka esok 15 Julai 2020 selari dengan ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagaimana diumumkan oleh YB Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia pada 10 Jun 2020 yang lepas.

(Rujuk kepada Makluman Pembukaan SRITI & SMITI melalui Surat SRITI Malaysia bertarikh 3 Julai 2020 (No Rujukan: SRITI/P/01/04/ (4)) dan Surat SMITI Malaysia bertarikh 6 Julai 2020 (No Rujukan: SMITI/P/02/02A (03)) beserta SOP dan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan yang telah dikeluarkan).

- Advertisement -

Berikut adalah petikan ucapan Menteri Pendidikan Malaysia berkenaan Pengumuman Tarikh Pembukaan Semula Sekolah pasca-PKP COVID-19:

“Setelah mengambil kira saranan KKM dan MKN, KPM menetapkan supaya pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam dilaksanakan secara berperingkat.

“Bagi sekolah menengah, murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 serta murid Kelas Peralihan akan kembali ke sekolah bermula pada hari Rabu, 15 Julai 2020.

“Untuk sekolah rendah pula, murid Tahun 5 dan Tahun 6 akan kembali ke sekolah pada hari Rabu, 15 Julai 2020. Manakala, tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 adalah pada hari Rabu, 22 Julai 2020.

“Bagaimana pula dengan kemasukan murid Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020? Untuk makluman, keputusan penawaran kemasukan calon lepasan SPM 2019 ke Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020 boleh disemak mulai hari ini melalui portal KPM. Murid akan mendaftar pada hari Rabu, 15 Julai 2020.

“Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.”

Didoakan semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah memberkati kita semua dalam jihad pendidikan ini. Teruskan perjuangan!

“Demi Islam”
“Islam Memimpin Perpaduan”
“Beristiqamah Hingga Kemenangan”

Lebai Engineer;
MUHTAR SUHAILI AS-SARAWAKI,
Ketua Sektor Pendidikan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) – HARAKAHDAILY 14/7/2020

- Advertisement -