JSPK diwujud untuk laksana agenda penduduk

- Advertisement -

KUALA KANGSAR: Jawatan bukanlah untuk mencari populariti, tetapi adalah untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab yang bukan sahaja ditanya oleh rakyat, malah akan disoal oleh Allah S.W.T kelak.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kangsar, Dato’ Drs Khalil Idham Lim Abdullah mengingatkan kepada semua Jawatankuasa Sementara Pengurusan Kampung (JSPK) yang dilantik pada majlis di Kompleks PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan, di sini semalam.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang lalu telah memutuskan untuk mewujudkan JSPK sebagai lantikan politik dipimpin Ketua Kampung di mana kini jawatan JSPK seluruh Perak diwakili kebanyakannya oleh ahli tiga parti dalam Perikatan Nasional.

Majlis penyerahan surat lantikan rasmi JSPK bagi wakil PAS bagi Daerah Kuala Kangsar ini telah disempurnakan oleh Penghulu Dua Mukim Sayong, Abdul Malik Hasan dan Penghulu Dua Mukim Senggang, Shamsul Anuar Mustafa.

Seramai 21 anggota daripada PAS telah dilantik untuk menggalas tanggungjawab dalam JSPK tersebut yang akan memikul amanah menjaga kampung-kampung sekitar Parlimen Kuala Kangsar.

Turut hadir, Ahli-ahli Majlis PAS Kuala Kangsar, Ketua Dewan Muslimat PAS Kuala Kangsar, Ustazah Intan Norhani Abdul Basir dan Setiausaha PAS Kuala Kangsar, Saiful Dawam serta Ketua Penerangan PAS Kuala Kangsar, Makmun Zulkafli. – HARAKAHDAILY 12/7/2020

- Advertisement -