Cawangan baharu signal PAS terus mengukuh

- Advertisement -

LENGGONG: PAS Kawasan Lenggong semakin memperkukuhkan kekuatan dengan penubuhan Jawatankuasa Penaja PAS Cawangan Kenayat, di Markaz PAS Lenggong, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Yang DiPertua PAS Lenggong, Razman Zakaria di dalam majlis penubuhan itu berkata, penambahan PAS cawangan di kawasan ini merupakan signal bahawa akar umbi PAS semakin mengukuh.

“Kejayaan penubuhan ini pastinya memberikan kekuatan kepada Jentera PAS Kawasan Lenggong (ini) sendiri dan juga PAS Negeri Perak secara tidak langsung.

“Selain daripada itu, perkukuhkan kerjasama erat bersama Umno dan BERSATU di cawangan ini untuk penubuhan Jawatankuasa Sementara Pembangunan Kampung (JSPK),” seru beliau.

Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak turut menerangkan Ahli Jawatankuasa Cawangan yang telah ditubuh hendaklah menekankan kepentingan membangunkan masyarakat setempat selain menjayakan gerak kerja politik.

“(Kita) hendaklah memikirkan bagaimana langkah membangunkan masyarakat sekitar dengan kefahaman lain. Antara yang boleh diusahakan ialah dengan menghidupkan pengajian ilmu dan usrah,” terangnya lanjut.

Turut hadir dalam majlis itu, Pengarah Jentera Pilihan Raya DUN Kenering, Azmi Ahmad dan Ahli Jawatankuasa PAS Lenggong, Ustaz Luqman Khairi. – HARAKAHDAILY 12/7/2020

- Advertisement -