PAS kekal relevan

Foto hiasan
- Advertisement -

ALHAMDULILLAH dalam ketenangan dan keributan politik negara, PAS tetap akan konsisten menambah keahliannya.

Walaupun ada parti politik mendakwa bahawa parti mereka menerima 10 ribu permohonan ahli baharu setiap bulan namun tidak pernah dibuktikan jumlah sebenar yang telah diterima.

PAS tidak segan silu walaupun adakalanya kelulusan ahli baharunya rendah tetapi ianya tetap dilaporkan untuk makluman kepada umum.

Bulan ini 3,331 ahli baharu telah diluluskan, meningkat naik daripada bulan lalu. Usaha akan dipertingkatkan lagi bagi memastikan PAS akan terus mendapat tempat di hati rakyat, bukan sahaja di kalangan masyarakat Islam termasuklah di kalangan masyarakat bukan Islam untuk menyertai Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP). Perlantikan YB Senator Bala Subramaniam sebagai Ahli Dewan Negara diharapkan akan mencetuskan fenemena baharu kepada DHPP.

- Advertisement -

Sebagai langkah keseriusan parti, Presiden PAS di dalam Mesyuarat PAS Pusat baru-baru ini telah mengarahkan supaya laporan pertambahan keahlian baharu ahli DHPP mestilah dilaporkan di dalam mesyuarat bulanan PAS Pusat.

Tahun lalu, PAS berjaya mendaftarkan seramai 45,344 orang ahli baharu dan ia adalah satu pencapaian yang sangat baik kepada PAS walaupun PAS masih lagi berstatus Pembangkang. Dengan beradanya PAS dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) ianya mestilah memberikan kesan positif kepada perkembangan parti ketika ini.

Dalam tempoh lima tahun (2015-2019) seramai 167,404 orang ahli baharu telah berjaya didaftarkan dengan negeri Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kedah terus mengungguli carta empat kedudukan tertinggi.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Penolong Setiausaha Agung PAS
29 Jun 2020 – HARAKAHDAILY 29/6/2020

- Advertisement -