PAS Tasek Gelugor prihatin mangsa kebakaran

- Advertisement -

TASEK GELUGOR: PAS Kawasan Tasek Gelugor bersama-sama Pemuda dan Muslimat PAS Tasek Gelugr telah menziarahi keluarga mangsa kebakaran di Kampung Baru, Padang Menora, di sini petang semalam.

- Advertisement -

Keluarga terdiri daripada enam ahli itu tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian mengejut yang menimpa mereka bermula seawal kira-kira jam 4:50 pagi itu.

Yang DiPertua PAS Tasek Gelugor, Mohd Sobri Saleh berkata, pihaknya telah mengumpul sumbangan kilat dari ahli-ahli PAS dan penduduk tempatan bagi menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran.

Sumbangan yang diperolehi adalah dalam pelbagai bentuk antaranya wang tunai, makanan, toto, bantal dan lain-lain keperluan bagi kegunaan mangsa.

“Kami melahirkan rasa simpati dan prihatin dengan nasib mereka yang menimpa keluarga ini dan berharap mereka akan dapat terus bersabar. Semoga sumbangan ini akan dapat meringankan beban keluarga tersebut,” ujarnya.

Ketika ditemui, ketua keluarga mangsa, Sharif Sulaiman, 60 melahirkan rasa syukur dan berterima kasih di atas kunjungan PAS Kawasan Tasek Gelugor.

Ketua Penerangan PAS Tasek Gelugor, Rizal Hafiz Ruslan berkata, PAS Tasek Gelugor merancang untuk membantu membersihkan sisa-sisa kebakaran dengan bantuan Jabatan Amal di dalam masa terdekat.

“Keadaan rumah tersebut yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api marak dengan cepat dan kami amat bersyukur kerana semua ahli keluarga berjaya diselamatkan dengan bantuan pihak berkuasa dan jiran setempat,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Tasek Gelugor, Muhammad Rosli Yusof memaklumkan, keluarga mangsa kini ditempatkan di Dewan Banjir, kampung tersebut buat sementara waktu.

Orang ramai diseru untuk terus membantu keluarga mangsa di mana sebarang bantuan boleh disalurkan kepada akan PAS Kawasan Tasek Gelugor BIMB 07-043-01000-5905 (Ruj: Sharif Sulaiman). – HARAKAHDAILY 24/6/2020

- Advertisement -