Merangka di atas, mempraktik dari bawah

- Advertisement -

“YB tak perlu banyak habiskan masa dalam baruh, tepi laut dan sebagainya. Tugas YB buat dasar dan mencorakkan hala tuju negeri.”

Nasihat Tuan ada benarnya. Dalam masa yang sama, ada nasihat juga supaya pemimpin sentiasa di lapangan bersama rakyat. Saya ambil jalan tengah. Dasar serta hala tuju pertanian negeri kita rangka dan laksanakan, bersama rakyat di lapangan pun kita selalu ada. Memang mustahil nak puaskan hati semua pihak.

- Advertisement -

Blueprint ke mana kita nak bawa sektor pertanian Negeri Terengganu untuk tempoh 5 tahun telah digariskan dalam Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu pada Ogos 2019. Sepatutnya kita dah buat bengkel kajian prestasi pelaksanaan pelan strategik ini untuk tempoh 6 bulan pertama. Tapi tergendala kerana PKP.

Setiap program yang kita buat bukan berbentuk tangkap muat atau ikut terlintas. Ianya telah disusun dan dirancang rapi dalam oleh semua pemain industri pertanian Negeri Terengganu dan didokumenkan dalam Buku Pelan Strategik Pertanian Terengganu. Ini adalah pelan dari kita untuk kita. Tenaga akademik IPT, jabatan-jabatan bawah MOA, persatuan-persatuan yang terlibat dalam sektor pertanian sehingga wakil-wakil industri dan orang kampung turut kita jemput untuk terlibat bersama ketika pelan ini dirangka.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 12/6/2020

- Advertisement -