Pentadbiran TSMY cemerlang – Dr Khairudin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ramai yang memuji kecemerlangan 100 hari pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) sebagai Perdana Menteri Malaysia menerajui pentadbiran negara, sejak 1 Mac dengan menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda krisis kesihatan akibat penularan pandemik Covid-19 selain kekangan ekonomi.

- Advertisement -

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, dalam keadaan masa yang singkat Perdana Menteri menguruskan negara dan telah membuktikan bahawa pimpinan yang dibawa beliau amat dikagumi, dihormati oleh semua rakyat.

Bual bicara yang diadakan di Facebook Bernama malam tadi.

Beliau berkata, perkara itu dapat dilihat bahawa Muhyiddin telah berjaya membawa rakyat bersamanya ketika negara berada dalam keadaan yang getir dan dilanda wabak Covid-19 yang melibatkan nyawa serta ekonomi negara.

Selain itu, dalam keadaan sebegini Muhyiddin bukan sahaja dapat mengubah isu kesihatan Covid-19, malah beliau juga berusaha memulihkan ekonomi negara dan menstrukturkan semula kitaran ekonomi.

Menyentuh tentang ekonomi beliau berkata, dalam keadaan rakyat bimbang akan keadaan ekonomi negara, kerajaan pada hari ini tampil memberi suntikan kepada rakyat bagi tujuaan untuk menggerak dan merangsang ekonomi, agar ia dapat dipulihkan segera.

Jika dilihat dari segi pengurusan kerajaan dalam menangani penularan COVID-19 dan kaedah menangani kesan impak ekonomi ke atas rakyat menunjukkan kewibawaan dan keprihatinan beliau sebagai ketua kerajaan.

Ini membawa kelegaan kepada rakyat walaupun berada dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac lalu, katanya.

Dalam pada itu kata beliau, pelancaran Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang diumumkan dalam tempoh 10 hari sebaik sahaja PKP berkuat kuasa telah membuktikan komitmen dan keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk memulihkan ekonomi negara.

Kata beliau, ini jelas ia menunjukkan sebagai satu tindakan yang pantas dan tepat pada masanya untuk mengimbangi usaha membendung penularan pandemik COVID-19 dan proses pemulihan ekonomi.

Demikian kata beliau dalam Ruang Bicara ‘100 Hari Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin’ malam tadi.

Bagaimanapun ujarnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama menteri-menterinya yang lain berjaya mewujudkan rasa selamat dalam diri rakyat dengan adanya pelan pemulihan serta menyuntik sumbangan sebegini kepada negara.- HARAKAHDAILY 10/6/2020

- Advertisement -