Pelajar Mesir tamat kuarantin dibawa pulang

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai 887 pelajar Kelantan yang pulang dari Mesir pada 3 Jun lalu dijangka sampai di kampung masing-masing malam ini.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, mereka menjalani kuarantin di Kuala Lumpur sebaik tiba dari Kaherah dan keputusan ujian Covid-19 didapati negatif.

- Advertisement -

Katanya, kerajaan negeri menyediakan 12 bas bagi membawa pulang pelajar-pelajar terbabit.

“Mereka dibawa pulang ke kampung memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah tamat.

“Pelajar berkenaan akan menyambung tempoh kuarantin di rumah masing-masing,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di JKR 10 hari ini.

Baru-baru ini anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sehingga sekarang seramai 787 pelajar Kelantan masih berada di Mesir.

Manakala 887 pelajar Kelantan di Mesir pulang ke tanah air. Terdapat seramai 1,674 pelajar Kelantan belajar di Mesir.- HARAKAHDAILY 10/6/2020

- Advertisement -