Non Muslim akur kawal jual arak di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk hampir sifar di Kelantan memandangkan kawalan dilakukan kerajaan negeri sejak 30 tahun lalu.

- Advertisement -

Penolong Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat R Hareetaran berkata, masyarakat non Muslim menerima positif peraturan yang dibuat di Kelantan.

Katanya setelah PAS menerajui kerajaan negeri pada Oktober 1990, pengawalan jualan arak dilakukan secara drastik dengan mengambil kira jumlah penduduk bukan Islam.

“Arak tidak diharamkan sepenuhnya di Kelantan tetapi mempunyai garis panduan serta pengawalan jualannya.

“Arak tidak dijual secara terbuka di pasaraya, kedai serbaneka atau restoran. Restoran yang dibenarkan hanya boleh dimasuki masyarakat bukan Islam sahaja.

“Tidak dibenarkan dijual kepada orang Islam dan mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Dan di Kelantan juga tiada pusat hiburan seperti pub, disco dan karaoke,” katanya di sini.

Isu arak diriuhkan semula kebelakangan ini ekoran kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi.

Malah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan permohonan baharu lesen minuman keras serta-merta.

DBKL menerusi turut memaklumkan tindakan akan diambil terhadap premis yang menjual minuman keras tanpa lesen.- HARAKAHDAILY 5/6/2020

- Advertisement -