AMAL: Kebanggaan jemaah dan masyarakat

- Advertisement -

TAHNIAH buat Jabatan Amal Malaysia (JAM)kerana telah memasuki usia 29 tahun penubuhannya. Sepanjang penubuhannya, JAM telah melalui pelbagai liku dan cabaran sebelum bertapak kukuh sebagaimana hari ini.

- Advertisement -

Sepanjang usia penubuhannya, JAM telah menabur bakti dan khidmat kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengenal bangsa, kaum, agama, ideologi dan kedudukan. Bakti dan khidmat yang diberikan semata-mata kerana Allah SWT tanpa mengharapkan sedikit pun balasan dan pujian.

Sesuai dengan gelaran “Semut Merah“, JAM berada dimana sahaja khidmat dan bakti diperlukan tidak kira dikawasan bandar mahupun pendalaman. Sepanjang penubuhannya, pengalaman yang diperolehi oleh JAM membuatkannya lebih matang dan professional dalam memberikan khidmat dan bakti kepada masyarakat.

Pengalaman dan profesionalime JAM membuatkannya mendapat pelbagai pengiktirafan baik dari Kerajaan mahupun masyarakat. Khidmat dan bakti JAM meliputi pelbagai bidang dan peringkat seperti bantuan kecemasan, khidmat masyarakat, kawalan keselamatan, bencana alam dan pelbagai lagi sumbangan tanpa mengira penat dan lelah.

Didoakan JAM terus kekal utuh dan istiqamah dalam memberikan khidmat dan bakti kepada masyarakat keseluruhannya serta diberikan semangat yang cekal dalam mengharungi pelbagai cabaran. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran dan pahala diatas segala khidmat dan bakti kalian semua.

Allahuakbar.

USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI

AJK PAS Pusat

ADUN Batu Buruk- HARAKAHDAILY 2/6/2020

- Advertisement -