Tazkirah Online PAS Lumut sebar mesej Islam

LUMUT: Dakwah tidak terhenti walaupun negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana usaha itu telah dilaksanakan pihak PAS Kawasan Lumut kepada orang ramai menerusi siaran atas talian.

Advertisement

Menerusi medium Laman Facebook PAS Kawasan Lumut, pihak Penerangan PAS Lumut telah mengadakan sesi Tazkirah Online dalam menyampaikan ilmu setiap hari pada waktu Zohor, Asar dan selepas daripada Solat Tarawih.

Antara pimpinan PAS Lumut yang menjadi penyampai tazkirah adalah Yang DiPertua, Timbalan dan Naib Yang DiPertua iaitu Rosli Abd Rahman, Zainal Abidin Saad dan Mohamad Che Ghani serta Ketua Urusan Ulamak PAS Lumut, Abd Hamid Hasan.

Menurut Ketua Penerangan PAS Lumut, Awis Kharni Husin, pihaknya memanfaatkan medium tersebut sebagai kaedah baharu dalam memberi penerangan dan mesej Islam biarpun pada tempoh PKP.

“Kita perlu menguasai dan memanfaatkan IT dan media sosial dalam menyampaikan dan memberika¬† kesedaran kepada masyarakat mengenai Islam semaksimum yang boleh,” ujar Rosli mengulas usaha itu. – HARAKAHDAILY 23/5/2020