Ramadan, PKPB tak halang ‘jupo’ penduduk

- Advertisement -

SETIU: Walaupun dalam bulan Ramadan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ia tidak menghalang pemimpin untuk bertemu serta membantu penduduk.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, aktiviti turun padang bukan hanya dapat memantau sendiri permasalahan yang ada tetapi ia dapat membina hubungan dekat antara mereka.

“Di mana sahaja kita boleh turun meninjau kehidupan penduduk, sama ada kebun, ladang, laut, pantai, sawah, bukit dan sebagainya. Mudah sebut, di mana ada rakyat di situ kita perlu sampai.

“Semoga kita terus kuat untuk membantu rakyat kerana ketikanya dalam melaksanakan tugasan lain, kita terlalai dari kerja asasi seorang kuli rakyat di lapangan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni penduduk dalam Program Temu Mata ‘Orang Lama’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, di sini kelmarin.

Beliau yang juga ADUN Jabi sangat menghargai jasa serta pengorbanan orang-orang terdahulu dalam membangunkan masyarakat dan negeri.

“Jasamu dikenang. Kerana merekalah antara penyebab kita mampu sampai ke tahap ini pada hari ini. Inilah antara orang-orang lama kita yang pernah berkhidmat.

Tambah beliau lagi, ‘pejabat bergerak’ yang diamalkan sejak dahulu kala berjaya memudahkan urusan dan memberi keselesaan kepada penduduk.

“Penduduk yang sudi panjat tangga pejabat untuk jumpa kita tak sampai pun satu peratus walaupun kita buka pejabat untuk dikunjungi tanpa protokol,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 22/5/2020

- Advertisement -