PAS Kota Samarahan agih sumbangan Ramadan

- Advertisement -

KOTA SAMARAHAN: PAS Kawasan Kota Samarahan telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada penduduk dalam kalangan golongan memerlukan di empat kampung sekitar Parlimen ini, semalam. 

- Advertisement -

Lebih 20 pek berupa barangan dapur seperti beras, minyak masak dan barangan lain telah disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Kota Samarahan, Wan Hanif Abdullah kepada wakil penerima, Muhammad Mat daripada Kampung Rembus.

PAS Kota Samarahan mengambil inisiatif ini sebagai membantu keluarga yang memerlukan berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diisytiharkan pelanjutan sehingga 9 Jun depan.

Turut hadir dalam program ialah Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat Kota Samarahan, Mastura Julai yang memaklumkan sumbangan ini adalah hasil derma daripada orang ramai yang prihatin.

Menjelang Syawal juga bakal tiba kurang dua minggu lagi, sumbangan melalui Tabung Kebajikan PAS Kota Samarahan tersebut diharap dapat meringankan beban golongan yang disantuni ini. – HARAKAHDAILY 13/5/2020

- Advertisement -