AKSB bina 18 loji air mini

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebanyak 18 loji rawatan air mini bakal dibina oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bermula tahun hadapan dan dijangka siap setahun kemudian.

Pengurus Besar AKSB, Dato’ Dr Ir Azuhan Mohamed berkata, tujuh daripada jumlah loji itu menggunakan peruntukan yang diumumkan kerajaan negeri iaitu RM40 juta.

- Advertisement -

Manakala bakinya masih menunggu rundingan antara kerajaan negeri bersama Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi mendapatkan peruntukan.

“Kita ada 18 loji rawatan air mini, tujuh daripadanya akan dibina melibatkan peruntukan RM30 juta dan kerajaan negeri tambah RM10 juta menjadi jumlah keseluruhan RM40 juta.

“Daripada senarai terbabit lapan hingga 18 loji kita akan gunakan peruntukan dari PAAB,” pada bicara Kelantankini yang disiarkan secara dalam talian Kelantan TV semalam.

Menurutnnya loji mini tersebut akan dibina di Teluk Mesira, Jelawat, Wakaf Bharu, Kadok, Kedai Buloh, Meranti Baru dan Ketereh.

Selain itu Chabang Empat Tok Mek Ngah, Rantau Panjang, Pechong, Pengkalan Chepa (stor kenderaan), Pengkalan Chepa (stor pusat), Gunong, Aur Duri, Banggol Judah, Pengkalan Kubor, Kampung Sokor dan Pasir Pekan.

Beliau turut mengingatkan pengguna air AKSB menjimatkan penggunaan air memandangkan musim perayaan tidak lama lagi.- HARAKAHDAILY 6/5/2020

- Advertisement -