Mereka anugerah Allah

- Advertisement -

RAMAI yang tak perasan sayangnya Allah kepada kita. Ya, Dia uji kita dengan wabak COVID-19, tapi Dia kurniakan kita ramai doktor dan petugas kesihatan secekap Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dia kurniakan kita ramai ustaz yang sepemurah Ustaz Ebit Lew yang dah belanjakan lebih puluhan ribu untuk bantu orang susah sepanjang krisis ni.

Dia kurniakan kita ramai abang polis, askar, dan bomba yang bersabung nyawa menyekat penyebaran COVID-19.

Dia bahkan kurniakan kita dengan artis seperti Man Raja Lawak yang dermakan RM50 ribu hadiah kemenangan Maharaja Lawak Mega untuk orang susah. Habis dalam empat hari saja.

- Advertisement -

Allah Tuhan kita. Kita makhluk tiada kuasa walau apa pun jawatan kita. Kita makhluk tiada kuasa walau berapa banyak pun harta kita.

Moga Allah murahkan rezeki Man Raja Lawak sekeluarga dan semua artis yang bantu orang susah. Semoga Allah peliharakan Dr. Noor Hisham sekeluarga dan seluruh petugas kesihatan kita.

Moga Allah terus perkuatkan urusan dakwah Ustaz Ebit Liew. Semoga Allah lindungi pasukan keselamatan kita di seluruh negara. Semoga Allah selamatkan kita dari ujian-Nya di dunia dan di akhirat.

Oleh: ABDUL MUEIN ABADI
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 7/4/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -