‘Smart Tracking’ UMK kesan lokasi pelajar

- Advertisement -

PENGKALAN CHEPA: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membangunkan sistem ‘Smart Tracking’ untuk mengesan lokasi staf dan pelajar berdasarkan koordinat GPS.

Selain itu bagi mengetahui tahap kesihatan dan status mengikut rantaian wabak Covid-19 (kategori A-E) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

- Advertisement -

Aplikasi itu dibangunkan Pusat Komputeran dan Informatik (CCI) UMK dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Pejabat Pendaftar.

Pengarah CCI Wan Azlee Wan Abdullah berkata, sistem berkenaan berfungsi bermula semalam (1 April).

Pelajar Universiti Malaysia Klantan (UMK) menunjukkan aplikasi ‘Smart Tracking’ yang dibangunkan

Katanya sistem ‘Smart Tracking’ merupakan aplikasi berasaskan telefon pintar (Android dan iOS) dan Web (Dashboard).

“Sistem ini memudahkan komunikasi dan pemantauan secara langsung melibatkan 9,705 pelajar dan 1,267 staf dari pelbagai lokasi.

“Ada yang berada di rumah, di kampus (kolej kediaman di Taman Bendahara, Kemumin, kampus Bachok dan Jeli) dan lain-lain lokasi,” katanya di sini.

Menurutnya pengesanan lokasi staf dan pelajar diplot berdasarkan koordinat GPS daripada telefon pintar dan data direkod dalam pangkalan data universiti.

Baru-baru ini Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut membangunkan sistem berasaskan GPS bagi mengetahui koordinat kedudukan pelajar dan staf.- HARAKAHDAILY 2/4/2020

- Advertisement -