Makanan ternakan dipastikan tidak terputus

ternakan
- Advertisement -

SAYA sedia maklum akan aduan mengenai harga makanan ternakan sama ada untuk ternakan haiwan, ayam dan akuakultur yang naik mendadak. Bukan setakat harganya meningkat, malah dedak juga sukar diperolehi.

Apabila pengeluaran kilang terhad, sumber bahan mentah juga berkurangan serta pengangkutan juga semakin tersekat, penyelesaian akan terletak di kerangka utama rantaian bekalan makanan ini.

Isu ini telah saya sebut berkali-kali dalam mesyuarat berkaitan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar rantaian bekalan ini dipastikan tiada halangan kerana bila terhalang satu dari peringkat rantaian, kesannya akan berlaku kepada keseluruhan rantaian.

- Advertisement -

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu dan Jabatan Perikanan Terengganu juga telah mengeluarkan perakuan dan pengesahan kepada pemain yang terlibat dalam industri ternakan sama ada penternak, pembekal, pemilik premis dan sektor pengangkutan untuk membolehkan mereka terus bergerak agar rantaian bekalan ini diteruskan kelangsungannya.

Dalam ruang bidang kuasa yang diberikan kepada Kerajaan Negeri, telah dimaksimakan penggunaannya bagi membantu rakyat kita.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 2/4/2020

- Advertisement -