PRIHATIN: Kurangkan derita rakyat

- Advertisement -

PAS Kedah merakamkan setinggi -tinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi atas ilham terbaik dan keputusan tepat kerajaan dalam merangsang ekonomi rakyat ekoran berdepan wabak Covid-19.

- Advertisement -

Meskipun kebanyakan rakyat menanggung derita dan kesusahan ekoran pelbagai perkara negatif terutamanya diwaktu Perintah Kawalan Pergerajan (PKP) namun pengumuman 21 terma pakej rangsangan ekonomi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghilangkan dukacita, sengsara dan nestapa rakyat.

PAS Kedah mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional atas kesungguhan membantu rakyat dan rakyat menyambut dengan penuh gembira dan bersyukur ke hadratNya.

Tindakan kerajaan itu jelas menepati firman Allah SWT yang bermaksud,

“Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.”
(QS. Quraisy 106: Ayat 4)

Justeru itu, rakyat dinasihati agar juga lebih cakna kepada yang memerlukan dan bersama-sama mempertingkatkan sifat tolong menolong, bantu membantu kepada jiran tetangga dan mereka yang memerlukan.

Semoga suasana kebaikan ini akan bertambah dari masa ke semasa sehingga tertegaklah Baldatun Toibatun wa Rabbub Ghafur. Insya, Allah.

‘ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN’

Salam Hormat,
USTAZ HAJI AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah
Alor Setar. – HARAKAHDAILY 28/3/2020

- Advertisement -