PKP: PAS Parit Buntar sumbang barang dapur

- Advertisement -

PARIT BUNTAR: Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Parit Buntar telah menyumbang bantuan barang dapur kepada asnaf anak yatim dan fakir miskin di daerah ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- Advertisement -

Selama arahan ini berjalan, Lajnah Kebajikan telah berkampung di Markas PAS Titi Serong bagi menerima sumbangan dan menghantar kepada mereka yang memerlukan dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Parit Buntar, Mahyudin Ibrahim berkata, langkah itu diambil memandangkan golongan tersebut berdepan masalah terputus bekalan makanan susulan PKP dikeluarkan kerajaan berikutan penularan COVID-19.

“Antara bantuan barang dapur yang diberikan ialah beras, minyak, gula, tepung gandum, telur dan teh. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangi beban yang ditanggung mereka selama ini,” katanya.

Para dermawan yang ingin bersama meringankan beban insan-insan kurang berkemampuan ini boleh menerusi akaun Bank Islam 08022010048488 atas nama Dana Kebajikan Parit Buntar.

PAS Parit Buntar turut menyeru rakyat Malaysia menjayakan pelaksanaan PKP bagi memutuskan rantaian COVID-19 yang melanda negara. – HARAKAHDAILY 25/3/2020

- Advertisement -