PK K.Nerus agih 1000 pek barangan keperluan

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PK-Nerus) dengan bantuan Pusat Khidmat Masyarakat Dun (Dewan Undangan negeri), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), telah mengagihkan 1000 pek barangan keperluan kepada penduduk yang layak.

- Advertisement -

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, rakyat yang terjejas sumber pendapatan akibat penularan wabak Covid-19, mutakhir ini wajar dibantu oleh semua pihak.

Ini kerana, katanya apabila wabak coronavirus atau Covid-19 itu memasuki gelombang kedua kerajaan mengenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Menurut beliau, akibat dari pelaksanaan PKP itu menyebabkan rakyat umum khususnya yang berpendapatan rendah terputus sumber pendapatan.

“Semua pihak wajar membantu rakyat yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 yang semakin serius mutakhir ini.

“Pihak Pusat Khidmat kami (Parlimen) dan beberapa agensi kerajaan seluruh kawasan Kuala Nerus telah mengagihkan 1000 pek barangan keperluan asas dapur kepada golongan rakyat yang layak.

“Sumbangan barangan keperluan ini diharap dapat meringankan beban yang ditanggung oleh sebahagian rakyat Kuala Nerus yang terjejas sumber pendapatan mereka,” ujarnya kepada Harakah, hari ini.

Katanya, barangan keperluan itu seperti beras, gandum, minyak masak, gula dan lain-lain setiap keluarga yang miskin serta yang terputus bekalan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berdoa dan berharap agar wabak Covid-19 itu segera pulih serta memberi keselamatan kepada seluruh rakyat dan negara ini.

Harakah dimaklumkan, barangan keperluan itu diuruskan oleh Pusat Khidmat sebelum dihantar ke setiap Dun (Dewan Undangan Negeri) dan MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) untuk agihannya. – HARAKAHDAILY 24/3/2020

- Advertisement -