Malaysia catat kematian ke-15 hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan penambahan satu lagi kes kematian akibat jangkitan wabak CoVid-19 pagi tadi menjadikan jumlah kumulatif kes seramai 15 orang.

- Advertisement -

Kes kematian ke-15 ini merupakan pesakit kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun yang berasal dari Melaka.

Berdasarkan maklumat yang disalurkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan CPRC Kebangsaan, beliau disyaki mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19 lain yang telah menghadiri Ijtimak Tabligh sebelum ini.

Beliau juga dilaporkan mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar bermula 18 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, pagi tadi.

Sementara itu, KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa. – HARAKAHDAILY 24/3/2020

- Advertisement -