Covid-19: 130 kes baharu direkodkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 130 kes baru Covid-19 pada Jumaat, menjadikan jumlah kes positif wabak berkenaan meningkat sebanyak 1030 kes.

- Advertisement -

Menurut Majlis Keselamatan Negara, 48 kes baru itu adalah dari Kluster Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

Sementara itu, 26 kes dilaporkan kritikal ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), 12 daripada jumlah kes kritikal adalah daripada kakitangan perubatan kerajaan dan seorang sedang dirawat menggunakan mesin sokongan bantuan pernafasan (ventilatory support), manakala 3 lagi daripada kakitangan perubatan sektor swasta.

12 kes direkodkan sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 87.

Pada Isnin lepas, dua kematian akibat wabak Covid-19 telah direkodkan, satu kematian di Johor daripada Kluster Ijtimak Tabligh Masjid Jamek Sri Petaling dan satu lagi di Sarawak.

Kes wabak Covid-19 meningkat hari demi hari, susulan itu kerajaan mengeluarkan arahan perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa 18 Mac sehingga 31 Mac depan, bagi membendung penularan wabak berkenaan.

HARAKAHDAILY 20/3/2020

- Advertisement -