Covid-19: Ketentuan yang menakutkan

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Wabak Covid-19 merupakan suatu ketentuan daripada Allah yang sangat menakutkan serta dibenci seluruh penduduk dunia kini.

- Advertisement -

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata melalui musibah berkenaan Allah Taala mengajak seluruh manusia agar beriman.

“Bahawa Covid-19 ini dia tidak datang daripada (Negara) China, dia tidak datang daripada Amerika kalau ikut (melalui) Teori Konspirasi.

“Tetapi dia (Covid-19)datang yang pertamanya (diyakini) adalah daripada Allah SWT,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran lansung melalui Facebook miliknya, membicarakan mengenai Covid-19 : Dimana Wabak Penyakit Dalam Ilmu Tauhid, malam tadi.

Jelasnya, bagaimana wabak berkenaan tersebar ianya boleh dibukti melalui kajian manusia.

“Tetapi ia bermula bukan daripada binatang, bukan daripada manusia.Dia (Covid-19) datang bermula dengan kehendak Allah SWT,” jelas beliau.

Mengenai wabak baru ditemui berkenaan katanya bolehlah difahami merupakan virus yang agak pelik dan menakutkan ini adalah peringatan daripada Allah.

Justeru katanya, semua rakyat Malaysia perlu beriman dengan bertauhidkan Allah sebagaimana telah ditunjukkan Rasulullah SAW. – HARAKAHDAILY 19/3/2020

- Advertisement -