UMK cipta cecair pembasmi kuman

- Advertisement -

KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bakal mengeluarkan 1,000 botol cecair pembasmi kuman sehingga akhir bulan ini.

- Advertisement -

Dianggarkan 500 botol bakal diagihkan dalam masa terdekat kepada agensi setempat.

Produk yang dinamakan UMK Care Hand Sanitizer (HS) bagi meringankan beban komuniti dan sebagai usaha mengekang penularan coronavirus (Covid-19).

Naib Canselor UMK, Prof Dato’ Dr Noor Azizi Ismail berkata, HS dicipta sejak awal tahun ini.

Katanya, ia dicipta oleh penyelidik daripada Fakulti Bio-Kejuruteraan dan Teknologi (FBKT) serta Fakulti Sains Bumi (FSB).

“Produk yang dihasilkan ini pada mulanya disasarkan untuk kegunaan dalaman.

“Namun bila dilihat ianya dapat memberi manfaat kepada orang ramai yang kini berhadapan dengan ancaman Covid-19, kami cuba memperluaskannya,” ujarnya di sini semalam.

Katanya beliau juga pengeluaran produk HS dalam kuantiti yang terhad bukan untuk dijual di pasaran. – HARAKAHDAILY 19/3/2020

- Advertisement -