COVID-19: Kuliah Dhuha Presiden PAS secara ‘online’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pejabat Presiden PAS memaklumkan penangguhan program Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh presiden parti itu, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berikutan langkah pencegahan penularan COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan Pejabat Presiden PAS hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihaknya mengambil maklum akan arahan yang terkandung dalam Pekeliling Setiausaha Kerajaan Terengganu bertarikh 12 Mac 2020 berkenaan mana-mana perhimpunan/program yang melibatkan lebih daripada 100 orang peserta, hendaklah ditangguhkan sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19.

- Advertisement -

Sehubungan itu, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersetuju untuk menangguhkan program Kuliah Dhuha yang melibatkan kehadiran orang ramai di Masjid Rusila, namun sesi pengajian akan tetap diteruskan secara atas talian (online).

“Penangguhan ini akan bermula pada hari Jumaat, 20 Mac 2020 sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

“Penyampaian kuliah secara atas talian (online) akan disiarkan secara langsung di Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Terengganu Kini dan saluran media-media lain,” kata kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 16/3/2020

- Advertisement -