Harga kereta boleh diturunkan (Solusi 3)

AP HOLDER

(1) Hari ini kenaikan harga bermula daripada monopoli. Justeru, dalam artikel sebelum ini, saya telah menulis bahawa penghapusan monopoli mampu merendahkan harga. [1]

Contoh yang mudah ialah, apabila lesen AP mengimport keperluan itu hanya diberikan kepada orang-orang tertentu, ia akan menyebabkan pemegang-pemegang lesen itu berkuasa.

(2) Iaitu mereka berkuasa menaikkan harga barangan importnya, untuk mengkayakan dirinya sendiri. Mereka tidak risau kerana tinggi setara mana pun harganya, manusia tetap beli.

Ini kerana ia adalah keperluan. Justeru, untuk merendahkan harga barang import adalah dengan membuka lebih luas pemilik AP atau yang semaksud dengannya.

(3) Contohnya antara yang pernah dicadangkan oleh Dokumen Hijau (PAS) ialah 1 keluarga 1 AP kereta [1]. Justeru apabila peluang ini terbuka luas, menyebabkan harga kereta import semakin rendah.

Ini kerana, lesen AP dimiliki oleh semua orang yang berkeluarga. Menyebabkan para pemegang lesen import kereta akan berfikir panjang untuk menaikkan harga sesuka hati.

(4) Kadang-kadang, pemenang lesen AP ini, kalau dia tak import kereta dan niagakan kereta itu, kadangkala mereka jual saja lesen-lesen itu kepada mana-mana syarikat yang tiada lesen.

Justeru, menyebabkan AP Holder boleh ‘makan atas angin’ dengan jualan lesen tersebut. Menyebabkan syarikat yang membeli lesen tersebut, melipat gandakan harga jualan keretanya.

Advertisement

Monopoli dan cukai

(1) Dalam persoalan ini siapa yang untung dan siapa yang rugi? Yang untung atas angin ialah pemegang lesen AP yang hanya diberikan kepada ‘orang-orang tertentu’ sahaja.

(a) AP Holder berhak mengimport kenderaan luar masuk ke Malaysia dengan harga yang rendah, tidak dikenakan beberapa cukai, kemudian jual pada rakyat dengan harga berlipat.

(b) Ataupun dia jual lesen tersebut kepada mana-mana syarikat tertentu, mungkin dengan harga satu lesen RM20k hingga RM40k, dan dia ‘berpeluang’ untuk makan atas angin.

(2) Dalam permasalah ini, kita bukan sekadar mesti hapuskan monopoli semata-mata. Akan tetapi perlu juga hapuskan cukai-cukai yang tidak sepatutnya.

Contohnya harga Toyota Vios di Jepun sekitar RM30k. Tetapi di Malaysia mencecah RM80k-90k. Saya sendiri membeli Toyota Vios model G (baru) pada Mac 2013 dengan harga RM89k.

(a) Deposit yang dikenakan kepada sata ketika itu ialah 10 peratus, dicampur dengan roadtax, insurans dan sebagainya. Kos ketika itu kesemuanya lebih RM10k untuk permulaan.

(b) Bukan setakat itu, bayaran bulanan sebanyak RM883 selama 9 tahun. Kenapakah Vios di Jepun sekitar RM30k, sedangkan apabila sampai di Malaysia mencecah harga berlipat kali ganda?

Pemasangan pula dibuat di Malaysia (CKD). Pendek ceritanya kita perlu faham cukai import, duti eksais dan seangkatan dengannya yang menyebabkan CBU dan CKD melambung harganya.

CBU dan CKD

(1) Berapakah kos cukai-cukai tersebut? Duti eksais bermula dari 60 sehingga 105 peratus dikira berdasarkan jenis kenderaan dan kapasiti enjin.

Manakala duti import pula mampu mencecah sehingga 30 peratus bergantung kepada negara asal kenderaan tersebut. Boleh lihat pada jadual di bawah [Gambar]. [2]

(2) Di dalam permasalahan ini kita perlu faham terlebih dahulu beza antara CKD (pasang di Malaysia) dan CBU (pasang di luar, kemudian diimport seketul masuk Malaysia).

Contoh yang mudah difahami seperti minyak dhob. Di Mesir Minyak Dhob dijual dengan harga RM3. Kita beli sebanyak 1000 botol dengan harga RM3000.

(3) Apabila nak dibawa masuk ke Malaysia (CBU), kerajaan letakkan cukai 300 peratus. Menjadikan keseluruhan Minyak Dhob + cukai ialah RM3000 + RM9000 = RM12,000.

Maka harga modal sebotol minyak dhob asalnya RM3, bertukar menjadi RM12. Market pricenya mungkin melebihi RM25. Ini contoh bagi CBU.

(4) Manakala contoh bagi CKD pula ialah kita beli beberapa ekor dhob di Mesir dengan berapa harga sekali pun, bawa balik Malaysia dan kita proses menjadi minyak.

Modalnya mungkin sekitar RM3 sebotol, kerana kita sendiri yang proses, dan termasuk kos perjalanan. Jadi, dengan modal RM3 manakala market pricenya RM25, menjadikan margin keuntungan kita lebih besar.

CBU dan CKD masih mahal

(1) Kalau menggunakan konsep CKD, ia lebih berpotensi. Kalau saya ingin lariskan jualan, boleh saja letak harga minyak dhob yang lebih rendah daripada harga pasaran. (RM25)

Begitulah gambaran kenderaan import beza antara CBU dan CKD. Toyota Vios model baru 2020 spec G berharga RM87,300. Manakala Alphard bermula dengan RM464,000.

(2) Vios model baru ini adalah CKD, dan dipasang di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang, Selangor. Manakala Alphard pula ialah CBU diimport seketul dari Jepun [3].

Harga Alphard baru di Jepun bermula USD38,900 hingga USD58,800 (RM244,020) [4]. Setelah diimport secara CBU masuk Malaysia, menjadi RM464k. Jauh beza harganya.

Manakala Toyota Vios pula, di Jepun dinamakan Toyota Belta (baru) yang sama jenis dengan Vios G dijual dengan harga RM59,673.6 (1,554,000 yen) [5] cuma enjinnya 1.3 cc manakala di Malaysia RM89k. Still mahal.

Boleh lihat betapa besarnya perbezaan jurang harga CKD dan CBU. CKD di Malaysia still mahal berbanding harga negara Jepun sendiri, mungkin sebab cukai. Ini kerana, ada syarikat yang dikenakan cukai spare part, ada yang tidak.

Maka, spare part yang digunakan untuk pemasangan di Malaysia (CKD) juga dibebani dengan cukai. Menyebabkan harga CKD atau CBU itu sendiri melambung tinggi.

Poinnya di sini ialah, ‘cukai’ yang dibebankan kepada rakyat untuk memiliki kereta luar. Kalau nak pakai kereta Malaysia pun, pengeluar-pengeluar kereta nasional juga turut dikenakan cukai yang lain.

Cukai kenderaan wajar dinilai semula

(1) Konsep yang digunakan pada hari ini agak mudah. Apabila harga kereta melambung tinggi disebabkan cukai, maka rakyat tak mampu beli cash.

Kalau mampu pun, bimbang dikejar oleh LHDN. Apabila tak mampu beli cash, terpaksa buat pinjaman (loan bank. Loan bank ada interest beberapa percent.

(2) Contohnya kereta mampu milik, Nissan Almera Black Series model 2019 dengan harga RM69,888. Peratus interest yang dikenakan 2.39 peratus.

Menjadikan harga sebenar (dengan pinjaman) RM84,813.98. Interest (bunga) sahaja bernilai RM15,013.98. Cuba bayangkan berapa ‘harga sebenar’ kereta, dan berapa pula ‘bayaran-bayaran tambahan’ yang dikenakan?

(3) Secara kesimpulannya, semua kenderaan tak akan terlepas daripada cukai, dan ia perlu dibayar oleh rakyat untuk memiliki sebuah kereta yang menjadi keperluan hidup.

Apabila sudah beli kereta, rakyat terpaksa membayar cukai jalan raya (roadtax), tol di lebuh raya, petrol, dan bermacam-macam lagi percukaian yang dikenakan.

Bagaimanakah penyelesaiannya? Hapuskan segala cukai kepada rakyat awam, mungkin secara berperingkat. Sebaliknya kutiplah cukai daripada orang-orang kaya sahaja.

Boleh refer cadangan saya dalam artikel yang lalu [1], iaitu cukai dikenakan kepada Saham dan Simpanan Korporat yang sudah pasti dimiliki oleh orang-orang kaya.

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3538529126188822&id=100000953077134

[2] https://careta.my/article/turunkan-duti-eksais-kereta-realistik-atau-khazanah-alam-mistik

[3] https://toyota.com.my/press-release/orders-accepted-from-today-for-2020-toyota-alphard-and-toyota-vellfire

[4] http://www.batfa.com/new_car_toyota_alphard_g.htm

[5]

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 12/3/2020