Video intim sudah ‘stop’

Subky Latif
- Advertisement -

PIHAK yang terkesan dengan fitnah video intim, khususnya eneri Azmin Ali, keluarga dan penyokongnya berlapang rasa berikutan keputusan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas tidak memanjangkan kes itu ke mahkamah. Cukuplah video itu sekadar ditular, disiasat polis dan dianalisis pakar pengecam imej di video.

Pada dapatannya perkara itu stop setakat yang dibentangkan kepada jabatannya. Dari laporan yang sampai kepadanya, tidak cukup kuat untuk memanjangnya ke mahkamah, kecuali selepas ada pihak yang boleh memberi hujah dan keterangan tentang ketulinan imej tadi benar Azmin.

Azmin sendiri puas hati dengan keputusan Peguam Negara sekalipun terkesan betapa dia dengannya dilanda politik kotor bagi menjahanamkan politiknya. Dia syukur kerana terlepas dari ujian itu.

Dengan dan setakat ini dia lepas segala yang boleh menyusahkannya. Kerajaan tidak perlu membuang masa dan menteri pun tidak perlu untuk  menjalankan kerja kementerian dan bebas tekanan umum tentang politiknya.

Jika Peguam Negara yang dulu-dulu bersikap seperti ini terhadap tohmah seks intim melibatkan bos Azmin, tidaklah politik kita huruhara 30 tahun. Bosnya itu mungkin sekarang sudah brsara dari impian PMnya. Gara-gara hurhara itu isu jadi Perdana Menteri masih diagendakan.

Mungkin Peguam Negara yang menghadkan video intim setakat mejanya tidak sama dengan orang-orang sebelumnya. Macam-macam takwil tentang keputusan mereka. Dikatakan bukan mahuan mereka tetapi dikatakan membacaya saja.  

- Advertisement -

Begitu jugakah Tommy Thomas? Mengikut kenyataan Tommy, dia mendengar pandangan sekalian ahli lembaga di bawahnya yang menyemak semua laporan video yang disampaikan kepadanya.

Dia seperti mengambil sikap Puteri Balqis, Ratu Yaman  zaman Nabi Sulaiman dulu. Balqis tidak membuat keputusan atas surat Nabi Sulaiman yang mahunya kepada kekuasaan Nabi Sulaiman. Balqis minta pembesar memberi pandangan dulu. Dari pandangan semua barulah Balqis membuat keputusan. Itulah cara Balqis. Atas semua perkara, kecuali pembesanya menyerahkan semua kepada Balqis.

Tommy dengar semua kata lembaganya. Dia setuju dengan mereka bahawa tidak cukup keterangan memanjangkan kes itu ke mahkamah.

Keputusan Tommy itu adalah pandangan sekalian orang dibawahnya yang amat disetujui. Tetapi jika ada keterangan baru dan sedia pula jadi saksi,  maka failnya boleh dibuka semula.

Rasanya ia tidak berlaku semasa penggal PM Mahathir sekarang. Kecuali  M selepasnya mengambil sikap seperti sikap terhadap sikap Kerajaan BN Najib dulu. Segala yang terhalang dulu, tidak terhalang sekarang.

Apa pun seperti yang Azmin kata, ia adalah politik paling kotor terhadapnya. Politik selepas khalifah ar-Rashidin kepadanya kotor belaka. Apa lagi yang tidak mengambil semangat pentadbiran Madinah seperti 60 tahun merdeka kita.  

Azmin telah terlepas dari semua soal tanya di mahkamah. Tetapi ia mainan politik. Dari undang-undangnya kes itu sudah stop. Tapi politiknya belum. Macam-macam persepsi  menimpa.

Ia satu persepsi buruk politik PH yang pembangkang gembar gemburkan. Suara demokrasi itu sentiasa mahukan yang terbaik dan bersih sekalipun pembangkang terpenting sekarang dulu comot juga.

Apa yang Azmin dan kerabat partinya hadapi dari video intim itu adalah bayangan politik tidak bersih. Maka suara baru demokrasi itu sendiri mahukan yang bersih. Di sinilah payahnya kerajaan mengapikan ia cacat maruah. Ia satu dari lambakan yang dikatakan tidak sempurna.

Mungkin ia tidak menghancam Mahahir berundur sebelum PRU15. Tommy kata ia boleh dibuka semula jika ada keperluan.



SUBKY ABDUL LATIF- HARAKAHDAILY 30/1/2020

- Advertisement -