Bantuan kebajikan PAS Lumut hingga akhir hayat

- Advertisement -

LUMUT: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Lumut terus aktif dan sentiasa prihatin terhadap hal ehwal kebajikan masyarakat sekeliling tanpa mengira latar belakang menerusi aktiviti ziarah mingguan.

- Advertisement -

Termasuk sentiasa diberi perhatian adalah kebajikan ahli PAS sebagaimana ingatan terhadap Allahyarham Suid Salam apabila Yang DiPertua PAS Lumut, Rosli Abd Rahman menyerahkan sendiri baki sumbangan kepada warisnya.

Imbas Rosli, arwah telah menderita angin ahmar sejak awal tahun 2019 yang mengakibatkannya terlantar sehinggalah meninggal dunia minggu lalu dan sepanjang tempoh itu pihak PAS telah memberi perhatian kepadanya.

Terangnya, menerusi Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lumut, Zaharah Husin, arwah Suid diperuntukkan bantuan susu dan lampin pakai buang dengan anggaran RM400 sebulan.

Serahan baki sumbangan itu diberikan kepada anak perempuan Allahyarham oleh Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin serta turut dihadiri Zaharah dan aktivis masyarakat, Raai Yusuf dan Abu Hassan Mohd Ali. – HARAKAHDAILY 23/1/2020

- Advertisement -