SRITI Darul Muttaqin perlu dana operasi

- Advertisement -

KAMPAR: SRITI Darul Muttaqin memerlukan hampir RM40,000 bagi keperluan pengubahsuaian dan membeli peralatan kelas untuk melengkapkan operasi pada tahun ini.

- Advertisement -

Pengerusi SRITI Darul Muttaqin, Mohd Shahrizan Ahmad Fuat berkata, dana tersebut juga bagi menampung perbelanjaan wajib antaranya kos emolumen guru SRITI.

“SRITI Darul Muttaqin telah beroperasi sejak 6 Januari yang lalu dan kini jumlah pelajarnya seramai 31 orang dan 9 orang guru,” maklum beliau.

Shahrizan menjelaskan demikian semasa menyambut kunjungan Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahudin Hashim ke SRITI Darul Muttaqin, di sini kelmarin dahulu.

Awang turut mengunjungi PASTI Fikratuzzikrah Malim Nawar yang telah merangkul Johan Pertandingan 3K sempena Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia tahun lalu.

Sebarang sumbangan untuk tujuan operasi SRITI Darul Muttaqin itu boleh disalurkan ke akaun Maybank 5580 4261 5090 atas nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar. – HARAKAHDAILY 23/1/2020

- Advertisement -