PAS Perlis bantu SPR daftar pemilih baharu

- Advertisement -

KANGAR: Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perlis mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pendaftaran automatik pengundi berumur 18 tahun.

- Advertisement -

Pengarahnya Abd Karim Mat Rejab berkata, SPR memberitahu mereka sedang mengemas kini sistem tersebut supaya berjalan dengan baik.

“Kami juga memberi komitmen akan terus membantu SPR bagi memaksimumkan daftar pemilih memandangkan sistem pendaftaran automatik belum lagi dilaksanakan,” katanya selepas mengunjungi hormat SPR di sini hari ini.

Sempena kunjungan mahabah itu Abd Karim mengadakan perbincangan dengan Pengarah SPR Perlis Ilyani Farha Mohammad.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAs Perlis Wan Hassan Ismail, Setiausaha PAS Negeri Baharudin Ahmad, Ketua Dewan Muslimat PAS Ustazah Latifah Mat dan Pengarah Pilihan Raya Muslimat Nur Syahirah Salleh.

Pada 16 Julai lepas parlimen meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat bagi menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun. – HARAKAHDAILY 14/1/2020

- Advertisement -