Ketua Muslimat ziarah bapa pendakwah terkenal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh telah menziarahi ayahanda pendakwah motivasi terkenal, Ustazah Dato’ Dr Norhafizah Musa iaitu Ustaz Musa Salleh di Darul Furqan, Kampung Padang Balang, di sini.

- Advertisement -

Kunjungan diiringi Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Zurina Din itu telah disambut oleh kakak kepada Ustazah Norhafizah iaitu Ustazah Anisah dan suami beliau, Ustaz Salleh Sani.

Walaupun sedang diduga dengan ujian menghidap kanser prostat, Ustaz Musa ketika lawatan itu tetap ceria, malah kelihatan segar berkongsi kisah sejarah para alim ulamak menentang Komunis yang menyerang Negeri Sembilan.

“Kehebatan mereka yang berjaya menghalau Komunis pada ketika itu bukanlah pada kelengkapan senjata, tetapi pada kekuatan amalan dari zikir-zikir yang mereka amalkan,” ujarnya menegaskan hal utama disebalik perjuangan tersebut.

Pada ziarah itu, Ustazah Nuridah turut menyampaikan sumbangan pihak Muslimat PAS dan mendoakan kesihatan buat Ustaz Musa. – HARAKAHDAILY 14/1/2020

- Advertisement -