Jadikan sekolah tempat seronok untuk belajar

SESI persekolahan 2020 akan tiba tidak lama lagi, sudah tentu, ibu bapa akan membelanjakan antara RM200 dan RM600 setiap anak untuk menyediakan pelbagai bekalan sekolah termasuk keperluan kelas keagamaan untuk sesi sekolah 2020.

Membesarkan anak-anak, terutamanya dalam keluarga yang besar, memerlukan banyak perbelanjaan. Terutama, jika anda tinggal di bandar dengan pendapatan yang rendah, tekanan untuk ‘memenuhi’ keperluan anak anda, lebih-lebih lagi waktu sesi persekolahan, ibu bapa pasti akan merasakannya.

Antara isu yang sering kita dengar ialah masalah dengan beg berat dengan berat badan kurang atau 50 kilogram (kg) dan terpaksa memanjat tangga setiap hari dengan beg seberat 10kg, lima hari seminggu. Itulah senario ‘terpaksa’ yang dihadapi oleh pelajar sekolah rendah hari ini.

Sudah banyak kali isu ini dibangkitkan tapi masalah ini masih belum dapat diatasi sepenuhnya.
Ramai di antara ibu bapa mula menyoal dasar-dasar Kementerian Pendidikan tetapi tiada cadangan atau langkah-langkah drastik diambil bagi mengatasi masalah ini.

Persepsi umum bahawa terlalu banyak mata pelajaran yang diajar di sekolah menyebabkan beg sekolah berat. Bagaimanapun, ini bukanlah sebabnya. Ada kemungkinan bahawa pihak sekolah boleh memainkan peranan penting seperti memeriksa buku-buku teks dan buku latihan tertentu sahaja yang boleh dibawa ke sekolah untuk mengurangkan beban beg berat.

Sudah tiba masanya Kementerian Pendidikan mengkaji semula pengeluaran buku teks dan buku kerja yang digunakan hari ini untuk memenuhi keperluan pelajar. Sistem pendidikan semasa perlu dikaji semula untuk menjadikannya sesuai dan mencukupi untuk mengimbangi generasi semasa dengan kemajuan global.

Adakah kerana bilangan mata pelajaran di sekolah yang pelajar telah mengambil begitu banyak buku penyebab beg berat? Isu sekarang ialah bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah beg berat sambil membantu Kementerian Pendidikan memperkenalkan sistem pendidikan berkomputer untuk generasi akan datang.

Mencipta sesi persekitaran sekolah yang menyeronokkan dan mesra alam serta kondusif kepada pelajar akan meningkatkan daya keupayaan kreatif kanak-kanak dan ia akan memberi manfaat kepada agama dan negara.

Kanak-kanak sekarang tahu bagaimana menggunakan alat (gajet) seawal usia 3 tahun dan mereka hanya berseronok dengan mainan dan ini adalah sesuatu yang perlu kita fikirkan bersama. Kita tidak mahu mereka mengabaikan pelajaran hanya memainkan alat yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan mereka akibat bermain dengan mainan yang tidak terkawal.

Sekiranya sekolah itu tempat yang menyeronokkan, secara tidak langsung akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak sekolah untuk terus belajar di sekolah yang mendidik mereka dengan kasih sayang dan disiplin. Mewujudkan pusat pendidikan sekolah yang akan menghasilkan pelajar pintar, bijak, berdisiplin dan berguna untuk masa depan negara.

Kami menggesa Kementerian yang berkaitan untuk memberi perhatian kepada perkara di atas kerana kini era teknologi canggih penuh dengan cabaran untuk generasi akan datang.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

Make school a fun place to learn

THE 2020 school session is coming soon, of course; parents will spend between RM200 and RM600 per child to provide a variety of school supplies including religious classroom needs for the 2020 school session.

Raising children, especially in a large family, require a lot of expenses. Especially, if you live in the city with low incomes, the pressure to ‘meet’ your child’s needs, especially during school sessions, parents will feel it.

One of the issues we often hear about is the problem with heavy bags with body weight less or 50 kilograms (kg) and had to climb the stairs every day with a bag weighing 10kg, five days a week. That’s the ‘forced’ scenario faced by primary school students today.

This issue has been raised many times, but the issue has not been fully resolved. Many parents started questioning the policies of the Ministry of Education but no suggestions or drastic measures are taken to overcome this problem.

It is a common perception that too many subjects taught in schools cause heavy school bags. However, this is not the cause of such. It is possible that the school can play a vital role such as checking textbooks and only certain exercise books that can be brought to the school to reduce the burden of heavy bags.

It is time for the Ministry of Education to review the production of textbooks and workbooks used today to meet the needs of students. The current education system needs to be reviewed to make it fit and sufficient to balance the current generation with global progress.

Is it because of the number of subjects in the school that the student has taken so many books the cause of the heavy bags? The issue now is how we can solve the problem of the heavy bags while helping the Ministry of Education introduce the computerized education system for generations to come.

Creating fun and environmentally friendly and conducive school environment for students will enhance children’s creative capabilities and will benefit both religion and the country.

Kids now know how to use tools (gadgets) as early as 3 years old and they just have fun with toys and this is something we have to think about together. We don’t want them to ignore their lessons by only playing tools that can affect their health and safety as a result of playing with uncontrollable toys.

If the school is a fun place, it will indirectly inspire school children to continue to learn in a school that educates them with love and discipline. Establish a school education center that will produce smart, intelligent, disciplined and useful students for the future of the country.

We urge the relevant ministry to pay attention to the above matter because now the era of advanced technology full of challenges for generations to come.

Yours faithfully,
JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 29/12/2019

Advertisement