PAS Gopeng bawa pelajar ‘Back To School’

- Advertisement -

GOPENG: PAS Kawasan Gopeng telah menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan ‘Back to School’ 2020 yang dilangsungkan bertempat di Wisma Purnama, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Majlis yang merupakan program tahunan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Gopeng tersebut diadakan dengan kerjasama Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Assabiqun.

Matlamat program antara lainnya untuk merapatkan hubungan PAS dan penduduk, khususnya komuniti setempat, di samping membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan.

“Ahli PAS dan masyarakat digalakkan untuk meneruskan budaya pemurah, dengan memberi, ini selari dengan Hadis Rasulullah S.A.W bahawa tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah,” ujar Yang DiPertua PAS Gopeng, Ustaz Abu Bakar Hussin.

Sejumlah 80 penerima sumbangan telah diraikan dengan pemberian beg, kasut, stokin dan pakaian seragam, selain sumbangan beras dari Mukmin Bersaudara (MINBAR). – HARAKAHDAILY 23/12/2019

- Advertisement -