Semarak gerakan haramkan Dong Zong, Jiao Zong!

- Advertisement -

DESAKAN supaya Dong Zong dan Jiao Zong diharamkan oleh kerajaan mula mencapai momentum yang lebih laju bila semakin ramai pemimpin politik, termasuk dari kerajaan, yang sudah bersuara menyatakannya.

Dari pihak pembangkang, pemimpin Umno dan PAS yang sudah bersuara adalah:

(1)     Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang berkata: “Kenapa Kerajaan PH masih lagi berpeluk tubuh sedangkan pertubuhan Dong Jiao Zong layak diharamkan?”. Baca lanjut di: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10158230830751282&id=350525301281

(2)     Exco Pemuda Umno, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris, yang berkata: “Sikap radikal Dong Zong merupakan punca kepada perpecahan etnik dan seharusnya pertubuhan ini diharamkan kerana hanya mahir mencetuskan konflik”. Baca lanjut di: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10157905750680097&id=590560096

(3)     Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan dan Strategi (IPS) PAS, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, yang berkata: “Menteri Dalam Negeri perlu mengambil langkah segera membatalkan pendaftaran Dong Zong dan Jiao Zong di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan”. Baca lanjut di: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2976360139040663&id=569086473101387

(4)     Ketua Pemuda PAS, Ir. Khairil Nizam Khirudin, yang berkata: “Atas kebiadaban pertubuhan pelampau Dong Zong ini serta kedegilan mereka, DPPM menggesa pertubuhan ini agar diharamkan terus dari Malaysia”. Baca lanjut di: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10211817929762050&id=1783986082

Dari pihak kerajaan, pemimpin BERSATU yang sudah bersuara adalah:

(1)     Pengerusi Biro Pendidikan BERSATU, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, yang berkata:
“Biro Pendidikan BERSATU Malaysia berpendapat, sudah tiba masanya untuk persatuan seperti Dong Zong dan Jiao Zong diharamkan.”

“Dong Zong dan Jiao Zong tidak harus menjadi terlalu kebal di sisi undang-undang negara kita.”

“Biro Pendidikan BERSATU berpendapat, terlalu banyak asas-asas dan sebab-sebab yang kukuh untuk mengharamkan Dong Zong dan Jiao Zong.”

“Kesabaran orang Melayu ada batasnya dan sudah sampai ke tahap yang memuncak.”

“Walaupun orang Melayu sifatnya banyak bertoleransi dan bertolak ansur, namun orang Melayu tanpa mengira idealogi politik akan bersatu menentang pihak yang memijak-mijak maruah bangsanya.”

Baca lanjut di: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2829761133714954&id=100000432865972

(2)     Exco Armada BERSATU, Muzzammil Ismail, yang berkata: “Kami mendesak supaya kumpulan pendidikan Cina Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) wajib diharamkan”. Baca lanjut di: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=3236284329722197&id=100000219859504

(3)     Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Marzuki Mohamad, yang bertanya: “Di mana semangat kebangsaan Dong Jia Zong?” Baca lanjut di: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10157700731951101&id=679581100

Bagaimana dengan dua lagi parti komponen Pakatan Harapan, PAN dan PKR?

Agak lembik dan tidak sampai ke peringkat pengharaman, tetapi adalah juga suara dari:

(1)     Ketua Pemuda PAN, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, yang berkata: “Tindakan Dong Zong mengadakan persidangan besar untuk membantah pelajaran pengenalan tulisan Jawi adalah satu sikap kurang matang, tidak patriotik dan paranoid melampau”. Baca lanjut di: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=535424133713618&id=177767179479317

(2)     Exco Pemuda PAN Terengganu, Mohd Firdaus Muhammad Nor, yang berkata: “Tindakan Dong Zong dan Jiao Zong ini adalah sesuatu yang amat keterlaluan dan langsung tidak menggambarkan semangat toleransi dan perpaduan masyarakat”. Baca lanjut di: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1224315197760423&id=420571911468093

(3)     Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang berkata: “Kongres Dong Zong tak sesuai dan cetus ketegangan kaum”. Baca lanjut di: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10157828078460295&id=159556865294

Diharapkan lebih ramai pemimpin politik, pemimpin NGO dan rakyat jelata yang akan bersuara, menandatangani petisyen pengharaman dan membuat laporan Polis.

Inilah waktunya untuk rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan hormati Perlembagaan Negara bersatu menunjukkan kekuatan ke atas kumpulan rasis dan Cauvinis.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 23/12/2019

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -
- Advertisement -